Privacy,
made clear.
Versi simple: kami tak perlukan trading password, broker login atau payment detail korang untuk guna website ini.
1. About this policy
Policy ini menerangkan bagaimana Candle Cartel mengendalikan maklumat apabila korang melawat website, menggunakan live chart, menekan link Telegram, claim ebook, atau membuka official partner link.
2. Data yang website collect sekarang
Bahagian umum website tidak meminta broker password, trading credentials, OTP, payment detail atau maklumat kad. Jika TEMPO Member Access diaktifkan, pengguna boleh sign in melalui ChatGPT dan submit nama, email, Telegram username, pilihan broker serta Trading Account UID untuk semakan IB. UID digunakan untuk verification, disimpan secara terhad dan dipaparkan dalam bentuk masked selepas keputusan dibuat. Owner boleh merekod status weekly review, tarikh semakan dan nota operasi ringkas untuk mengurus akses TEMPO serta follow-up member.
Apabila verified member sendiri memilih “Connect Telegram” dan menekan Start pada bot, kami menyimpan numeric Telegram user/chat ID, username (jika ada), status sambungan dan pilihan alert ON/OFF. Data ini digunakan hanya untuk menghantar TEMPO signal notification secara direct message. Secure connection link adalah sekali guna dan luput dalam masa singkat.
Maklumat yang dimasukkan dalam CC Trade Plan Checker dikira secara local dalam browser dan tidak disimpan oleh website. Jika korang menekan “Send My Trade Plan to Admin”, maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Telegram sebagai draft dan hanya dihantar selepas korang sendiri menekan Send.
Untuk manual ebook claim, website menyediakan draft Telegram yang boleh diisi dengan nama dan email registration. Website tidak menyimpan maklumat itu; ia hanya dihantar melalui Telegram selepas korang sendiri menekan Send. Privacy practices Telegram akan terpakai selepas chat dibuka.
3. Website analytics
Dengan kebenaran korang, kami menggunakan Google Analytics 4 untuk mengukur page views, referrer, browser/device secara umum, approximate location dan event seperti klik Telegram, ebook, TradingView, partner link, pilihan market pair, TEMPO result dan Trade Plan status. TEMPO LIVE juga menggunakan first-party anonymous counter untuk memaparkan jumlah page views, unique visitor dan conversion funnel seperti lawatan ke TEMPO Access serta klik official partner kepada owner.
Untuk counter TEMPO, browser menghasilkan random visitor dan session ID. Website menukar ID tersebut kepada secure one-way hash sebelum disimpan; visitor dan funnel log tidak menyimpan IP address, device detail, broker login, Trading UID, Entry, Stop Loss atau Take Profit. Tracking ini tidak dimuatkan sebelum korang memilih “Allow Analytics”. Korang boleh menolak tanpa menjejaskan fungsi website dan boleh membuka semula pilihan melalui “Privacy Settings” atau “Cookie Settings” di footer.
Market Insights menggunakan counter artikel berasingan selepas analytics dibenarkan. Setiap paparan halaman menggunakan ID rawak sementara untuk mengira paparan dan klik ke TEMPO LIVE sekali setiap paparan. Rekod ini menyimpan ID artikel, kategori, waktu paparan dan waktu klik; ia tidak menyimpan identiti pelawat, IP atau alamat referrer. Reload boleh dikira semula. Lawatan owner yang sign in dan preview tidak dimasukkan.
4. Third-party services
Live chart disediakan melalui widget TradingView. Telegram digunakan untuk community updates dan, selepas member opt in, personal TEMPO lifecycle notifications seperti signal aktif, TP, SL atau pembatalan. Exact signal alerts tidak dihantar secara automatik ke group public. Telegram, TradingView, ChatGPT sign-in dan official partner links tertakluk kepada privacy policy serta data practices platform masing-masing.
5. Cookies & local storage
Jika korang membenarkan analytics, Google Analytics mungkin menetapkan cookies seperti _ga untuk membezakan browser dan mengukur penggunaan website. TEMPO LIVE menyimpan random anonymous visitor ID, session ID dan pilihan consent dalam local storage browser. Advertising storage dan ad personalization dimatikan dalam konfigurasi kami. Embedded atau external services mungkin menggunakan cookies mereka sendiri mengikut polisi masing-masing.
6. Retention & security
Kami menyimpan analytics, member verification dan Telegram connection data hanya selama yang munasabah untuk operasi, keselamatan dan rekod access. Akses owner dilindungi melalui authenticated identity; credential integrasi seperti Telegram bot token diencrypt sebelum disimpan. Telegram connection menggunakan one-time token dan webhook verification. Walaupun kami menggunakan langkah keselamatan yang munasabah, tiada website atau penghantaran data melalui internet boleh dijamin 100% selamat.
7. Your choices
Korang boleh block cookies melalui browser, elakkan membuka external links, atau hubungi kami untuk bertanya tentang data yang berkaitan dengan website ini. Verified member boleh pause, resume atau disconnect Telegram alert pada bila-bila masa melalui TEMPO Access atau arahan bot. Browser settings tertentu boleh menjejaskan fungsi widget pihak ketiga.
8. App & push notification
Selepas korang memilih untuk aktifkan notification, kami menyimpan alamat penghantaran push browser (subscription endpoint), public encryption key, ID akaun yang sign in, pilihan notification dan rekod status penghantaran. Ini digunakan untuk menghantar alert signal TEMPO baru ke peranti yang korang daftarkan. Browser mungkin menggunakan perkhidmatan push Google, Apple atau Mozilla; payload notification diencrypt semasa penghantaran.
Notification boleh muncul pada lock screen. Korang boleh matikan notification peranti ini melalui tetapan app atau tetapan browser/telefon. Logout melalui app memutuskan subscription peranti ini. App hanya menyimpan halaman offline dan ikon untuk paparan tanpa internet; live signal dan data akaun tidak disimpan untuk dibuka secara offline. Rekod penghantaran sementara dipadam selepas tamat tempoh operasi; subscription yang telah dimatikan atau luput dikeluarkan daripada penghantaran.
9. Contact & updates
Untuk soalan privacy, contact Candle Cartel melalui Telegram rasmi. Kami mungkin update policy ini apabila fungsi website atau keperluan undang-undang berubah.