CCCANDLE CARTEL ← Back to site
LEGAL 01 / 04

Last updated
21 September 2026

PRIVACY POLICY

Privacy,
made clear.

Versi simple: kami tak perlukan trading password, broker login atau payment detail korang untuk guna website ini.

1. About this policy

Policy ini menerangkan bagaimana Candle Cartel mengendalikan maklumat apabila korang melawat website, menggunakan live chart, menekan link Telegram, claim ebook, atau membuka official partner link.

2. Data yang website collect sekarang

Website ini tidak menyediakan akaun pengguna, borang login atau payment checkout. Candle Cartel tidak meminta broker password, trading credentials, OTP atau maklumat kad melalui website ini.

Maklumat yang dimasukkan dalam CC Trade Plan Checker dikira secara local dalam browser dan tidak disimpan oleh website. Jika korang menekan “Send My Trade Plan to Admin”, maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Telegram sebagai draft dan hanya dihantar selepas korang sendiri menekan Send.

Untuk manual ebook claim, website menyediakan draft Telegram yang boleh diisi dengan nama dan email registration. Website tidak menyimpan maklumat itu; ia hanya dihantar melalui Telegram selepas korang sendiri menekan Send. Privacy practices Telegram akan terpakai selepas chat dibuka.

3. Google Analytics

Dengan kebenaran korang, kami menggunakan Google Analytics 4 untuk mengukur page views, referrer, browser/device secara umum, approximate location dan event seperti klik Telegram, ebook, TradingView, partner link, pilihan market pair, TEMPO result dan Trade Plan status. Kami tidak menghantar Entry, Stop Loss, Take Profit, account balance, password, OTP atau broker login kepada Google Analytics.

Analytics tidak dimuatkan sebelum korang memilih “Allow Analytics”. Korang boleh menolak tanpa menjejaskan fungsi website dan boleh membuka semula pilihan melalui “Cookie Settings” di footer.

4. Third-party services

Live chart disediakan melalui widget TradingView. Telegram, TradingView dan official partner links membawa korang ke platform luar yang mempunyai privacy policy dan data practices mereka sendiri. Candle Cartel tidak mengawal cara platform tersebut memproses data selepas korang keluar daripada website ini.

5. Cookies

Jika korang membenarkan analytics, Google Analytics mungkin menetapkan cookies seperti _ga untuk membezakan browser dan mengukur penggunaan website. Advertising storage dan ad personalization dimatikan dalam konfigurasi kami. Pilihan consent disimpan pada device supaya website mengingati keputusan korang. Embedded atau external services mungkin menggunakan cookies mereka sendiri mengikut polisi masing-masing.

6. Retention & security

Kami hanya akan menyimpan analytics data selama yang diperlukan untuk mengukur prestasi website. Kami menggunakan langkah keselamatan yang munasabah, tetapi tiada website atau penghantaran data melalui internet boleh dijamin 100% selamat.

7. Your choices

Korang boleh block cookies melalui browser, elakkan membuka external links, atau hubungi kami untuk bertanya tentang data yang berkaitan dengan website ini. Browser settings tertentu boleh menjejaskan fungsi widget pihak ketiga.

8. Contact & updates

Untuk soalan privacy, contact Candle Cartel melalui Telegram rasmi. Kami mungkin update policy ini apabila fungsi website atau keperluan undang-undang berubah.

CCCANDLE CARTEL
PrivacyRisk DisclaimerAffiliate / IBTerms